Rabu, 30 September 2009

Kelebihan Menziarahi Orang Sakit
Kelebihan menziarahi orang yang sedang sakit diibratkan seperti “Memetik buah-buahan di dalam Syurga dan dijanjikan pahala yang bnyak oleh Allah s.w.t.” Islam amat menitik beratkan hubungan silaturahim antara anggota masyarakat. Oleh itu, Islam sangat menggalakkan umatnya menziarahi orang yang sedang sakit untuk memastikan hubungan silaturahim terus bertaut. Di samping itu, dengan menziarahi orang sakit dapat mengurangkan kerisauannya tentang penyakit yang dihidapinya.
Di antara kelebihan menziarahi orang sakit:
1. malaikat akan mendoakan kita.
Abu Hurairah ada menceritakan, Nabi Muhammad pernah bersabda, “ Sesiapa yang pergi melawat orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, maka malaikat akan mendoakan kamu, kamu melaksanakan kebaikan. Perjalanan kamu adalah perjalanan yang baik dan kamu akan masuk syurga.” (Hadis Hassan direkodkan oleh Imam Tirmizi.)
2. seperti berada di dalam syurga
Dalam hadis yang lain nabi Muhammad s.a.w. mengibaratkan orang yang menziarahi orang sakit seperti sedang berada di dalam syurga. Thauban melaporkan Nabi Muhammad bersabda, “ Apabila seorang muslim melawat seorang muslim lain yang sedang sakit atau cedera, beliau seolah-olah berada di tempat menuai di dalam syurga sehinggalah kamu pulang.” Nabi menjelaskan maksud daripada hadis ini ialah, di dalam syurga itu dipenuhi pokok yang sedang berbuah dan boleh dpetik. Tuntutan mengabaikan menziarahi orang sakit sangat dibenci oleh Allah s.w.t.

1 ulasan:

  1. Salam...
    Kadang-kadang kita buat tak ambil kisah bila mana ada saudara kita, jiran atau sahabat yang sedang sakit. Kita sibuk dengan hal sendiri.

    Padahal, bila diceritakan bila kita menziarahi orang sakit itu seolah-olah kita sedang memetik buah-buahan di dalam syurga. Alangkah menakjubkan!

    Banyak kelebihan yang akan kita perolehi apabila kita pergi menziarahi orang yang sedang sakit. Kita dapat meningkatkan kesedaran dalam diri kita, bahawa suatu ketika nanti akan sampai saat kita terlantar sakit seperti mereka.

    Janganlah, kita mengelak dari pergi melawat saudara kita yang sedang sakit. Sama-sama kita laksanakan perkara yang baik ini yang mana memang telah dijanjikan pahala oleh Allah s.w.t.

    BalasPadam