Khamis, 1 Oktober 2009

Pembentukan Keluarga Islam

Praktikalnya, pendidikan di peringkat keluarga merupakan elemen yang cukup penting dalam melahirkan individu muslim sejati. Di sini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan sebaik mungkin dalam menyediakan medium tarbiyah yang terbaik untuk anak-anak. Kegagalan pendidikan di peringkat keluarga akan menjurus kepada masalah yang boleh diibaratkan seolah berantai yang akhirnya akan merugikan umat Islam secara amnya. Justeru, pendidikan yang sempurna adalah bermula dari rumah. Terdapat beberapa panduan yang praktikal yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam usaha pembentukan keluarga yang harmoni dan sejahtera berlandaskan syariat Islam. Antaranya:

-Setiap perkara kebaikan itu bermula dengan pelaksanaan yang dillakukan oleh ibu bapa terlebih dahulu. hal ini akan dicontohi oleh setiap ahli dalam keluarega tersebut.
-Tidak kira ibu atau bapa haruslah tegas dalam menetapkan hukuman ke atas kesalahan anak-anak. Ketegasan itu haruslah ada batasannya.
-Ibu bapa haruslah mengawasi setiap perbuatan atau tingkah laku anak-anak bermula dari dalam rumah sehingga mereka ke luar rumah dan balik semula ke rumah. Setiap ibu bapa itu, tidak wajar berasa yakin dengan setiap tindakan anak-anak mereka sebaliknya menyimpan sedikit rasa syak atas setiap perbuatan anak-anak.
-Bermula dari rumah lagi, ibu bapa perlu mendididk anakanak cara penutupan aurat dan berpakaian mengikut Islam terutamanya bagi anak perempuan.
-Anak-anak harus diberi pendidikan cara untuk mereka melayan tetamu yang bertandang ke rumah. Hal ini untuk mengelakkan mereka bersikap sombong dan tidak menghormati orang yang lebih tua.

1 ulasan:

  1. Ana bersetuju dengan penulis mengenai panduan pembentukan keluarga yang boleh diamalkan oleh ibubapa.

    Ibubapa merupakan orang yang paling penting dalam mendidik anak-anak mereka.Didikan ibubapa nerupakan faktor yang penting dalam sesebuah keluarga,ini kerana anak-anak merupakan kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih itu dengan berpandukan sumber Islam yang suci.

    Betapa beruntungnya ibubapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka bukan sahaja didunia bahkan diakhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
    "apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu,sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibubapanya"

    Wallahu'alam

    BalasPadam